Tengkujuh dan Kekayaan


posted by umiradhi on , ,

No comments

Sejak semalam, bumi Terengganu dibasahi hujan. bukan hujan biasa tapi hujan lebat.
Masuk bukan November, hujan bukan fenomena biasa bagi aku yang tinggal di pantai timur
Sudah menjadi kebiasaan sbb ia menandakan sudah masuk musim tengkujuh.
Bila tengkujuh sudah pasti ada banjir atau bah.
Ramai yang tidak suka musim tengkujuh - atas alasan banyak aktiviti terbantut
bagi mereka, hujan membataskan pergerakan n hanya memerap di rumah.
Tapi bagi aku, tengkujuh sebenarnya rahmat bagi mereka yang tahu memanfaatkannya.
Contohnya arwah ayah aku.
Sebagai petani, bila musim tengkujuh sudah pasti dia tidak boleh ke kebun
Tapi ayah aku ambil peluang musim tengkujuh menambahkan 'kekayaan' dia
Setiap hari ayah aku sibuk update tahap air di empangan di kg aku.
Bila waktu sesuai, tanpa memikirkan kesejukan dia meredah hujan dengan motosikal (kadang2 berkereta) menunju ke empangan (nama dia empangan jajar).
Tujuannya hanya satu, menjala ikan
Ayah aku memang pakar menjala ikan dan ia menjadi minat dia sejak dulu lagi
Paham2 jela, musim hujan harga ikan melambung tinggi beb
Kita orang kg tak mampu la nak beli ikan tiap2 hari
Apatah lagi aku ada adik beradik 10 org
So option ayah aku adalah gunakan kepakaran dia menjala ikan
Memang banyak ikan dia dapat
Ada kelah, kaloi, baung, lampan n so on
Selain empangan, dekat bendang pun dia menjala jugak
dapatla ikan keli, puyu, haruan
Bolehla buat lauk membesarkan kami adik beradik kecuali aku
Aku tak makan ikan sungai - aku tak leh makan sebab bau dia terlalu hanyir
Jadi musim hujan muka aku jadi cam telur sebab tiap2 hari makan nasi lauk telur
Ada telur mata, telur dadar, gulai telur, telur masak kicap/merah
Macam2 jenis masakan telur
Tapi aku salute arwah ayah aku
Selain utk kami sekeluarga, ayah aku byk sedekah ikan dia dapat
Dia hanya ambil ikan cukup2 untuk kepeluan keluarga aku saja
Selebihnya, dia bagi dekat orang kampung
So, sudah menjadi kebiasaan orang kg
Bila nampak ayah aku menjala ikan, masing2 bwk plastik tunggu nk mintak ikan
Macam pesta pulak..meriah sangat
Ayah aku pula happy je dapat bagi ikan ke org
Diaorg pun macam kami jugak, tak mampu nk beli lauk mahal2 musim hujan
Dahla tak boleh nk buat kerja
Dapat ikan tu diaorg syukur sangat2...alhamdulillah
Tengkujuh benar2 jadi waktu ayah aku kumpul kekayaan dia
Bukan kekayaan dunia, tapi kekayaan akhirat
Tapi sejak tahun lepas, aku pasti tidak ada orang kg yang bwk plastik untk pesta ikan
Sebabnya, ayah aku dah meninggal dunia
Dia pergi tidak kembali lagi
Al-Fatihah untuk Haji Mustafa Sulong

Leave a Reply